Ok, sekarang ini Jiha nak kongsi resepi kedua Jiha..
Bahan-bahan
600 gram soft cheese philadelphia
2 sudu besar butter
3 biji telur ayam
1 cawan gula
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 1/4 sudu kecil almond extract ( kalau tak ada pun tak pa)
1 1/2 cawan blueberry ( boleh jugak pakai jem)
1 bungkus biskut disgetive atau marie ( tapi pakai separuh je)
Cara membuatnya:
Biskut marie dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan buter.
Cairkan butter dalam lebih kurang 10 saat.
Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment . Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna..
Dalam mangkuk lain , pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim.
Kemudian masukka gula , pukul lagi hingga sebati.
Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.
Kemudian masukkan telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan tiga biji sekali pukul.
Kemudian, masukkan vanilla & almond extract.
Tuang adunan ke dalam baking tin tadi.Goncangkan sedikit untuk ratakan permukaan.
Kemudian ambil blueberry dan susun ke seluruh kek.
Bakar selama 45 - 55 minit . Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah2.
Selepas masak keluarkan dan masukkan dalam fridge at least 1 jam -2 jam..








No comments:
Post a Comment